suria

Kastam Sabah Gagalkan Cubaan Seludup Minuman Keras, Rokok Bernilai RM370,000 Dalam Tempoh Seminggu

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah membuka 51 kertas siasatan ke atas kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok melibatkan jumlah nilai RM370,000 dalam tempoh seminggu berakhir semalam.

Pemangku Pengarah Kastam Negeri Dr Janathan Kandok berkata operasi yang dijalankan di seluruh negeri itu turut membabitkan penangkapan 31 lelaki, termasuk warga asing, berumur antara 20 tahun dan 40-an.

"Daerah Keningau mencatatkan kes tertinggi dengan 14 kes melibatkan nilai pasaran RM180,000, iaitu enam kes rampasan rokok bernilai RM70,000 dan tujuh kes rampasan minuman keras bernilai RM110,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemantauan dan pemeriksaan terhadap penyeludupan minuman keras akan dipertingkatkan menjelang musim perayaan Krismas dan sambutan tahun baru kerana kegiatan penyeludupan minuman keras dijangka lebih aktif berikutan permintaan tinggi. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain