suria

Empat Lelaki Ditahan, 1,000 Pil Kuda Dirampas

KUANTAN: Polis memberkas empat lelaki dan merampas 1,000 biji pil kuda dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Ahmad di sini Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata, berdasarkan maklumat dan intipan, satu pasukan polis menyerbu rumah berkenaan pada 1.30 pagi tadi dan menemui suspek berumur 21 hingga 31 tahun yang bertindak agresif dengan cuba melepaskan diri.

Beliau berkata polis menemui pil khayal itu dalam satu peti besi di dalam almari di bilik tidur rumah berkenaan.

Wang tunai RM1,500 disyaki hasil jualan dadah serta sebuah kereta dan sebuah motosikal turut dirampas, katanya.

Kesemua suspek ditahan reman selama seminggu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain