DAP Tubuh Panel Untuk Selesaikan Pertelingkahan Karpal-Ramasamy

KUALA LUMPUR: DAP menubuhkan satu panel tiga anggota bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang Dr P. Ramasamy.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jawatankuasa eksekutif pusat parti yang bermesyuarat malam ini memutuskan untuk membentuk panel itu bagi menyelesaikan isu tersebut dan ia akan dianggotai beliau sendiri, penasihat seumur hidup DAP Dr Chen Man Hin dan pemimpin veteran Lim Kit Siang.

"Kami berharap dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin," katanya kepada pemberita dalam satu komen ringkas selepas mesyuarat itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan berkata satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Pertelingkahan Karpal-Ramasamy bermula selepas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu dilaporkan berkata terdapat 'godfathers' dalam DAP selepas beliau menamakan tiga individu sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Artikel Berikut

12 Tahun Edar Dadah Akhirnya Tumpas

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain