suria

Banjir Di Pahang Semakin Pulih

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang semakin pulih apabila hanya tujuh mangsa sahaja lagi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan banjir di Kuantan.

Semua pusat pemindahan lain sebelum ini termasuk di daerah Raub telah ditutup berikutan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pukul 5 petang Rabu.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, tujuh mangsa terbabit, yang terdiri daripada dua keluarga, ditempatkan di balai raya kampung Pahang.

"Kedua-dua buah keluarga itu dari kampung Pahang dan mereka masih belum dibenarkan pulang kerana keadaan banjir di kawasan rumah mereka belum pulih sepenuhnya lagi," katanya kepada Bernama di sini.

Jurucakap berkenaan berkata 67 mangsa daripada 12 keluarga, di daerah Kuantan telah dibenarkan pulang 5 petang ini.

Bagi daerah Raub, jumlah mangsa banjir seramai 247 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Gali Tengah, Dewan Gali Hilir, Dewan Kuil Hindu Subramaniam, balai raya Tok Macang dan balai raya Hulu Gali juga dibenarkan pulang 5 petang ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain