suria

15 Mahasiswa Ditahan Dalam Protes Auku

PETALING JAYA: Seramai 15 mahasiswa dilaporkan telah ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan flashmob di KL Sentral yang terletak di ibu negara.

Portal berita MalaysiaKini melaporkan, perhimpunan tersebut diketuai oleh pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.

Turut dinyatakan perhimpunan yang diadakan di depan pintu utama stesen transit tersebut turut disertai oleh 30 individu.

Mereka difahamkan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain