suria

Penganggur Didakwa Pecah Rumah, Curi Kereta Mercedes Pengurus Syarikat

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas pertuduhan pecah rumah dan mencuri kereta Mercedes milik seorang pengurus syarikat pada April lepas.

Ng Kien Wien, 27, didakwa memecah rumah dan mencuri kereta milik Chuah Evve Tek, 42, di No 294, Persiaran Za'aba, Taman Tun Dr Ismail di sini pada pukul 11 malam hingga 5 pagi, 5 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Ahmad menawarkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam gagal membayar ikat jamin tersebut.

Majistret Azmil Muntapha Abas menetapkan 16 Jan depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Artikel Lain