suria

Mayat Warga Pakistan Ditemui Di Kajang

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga Pakistan dengan kesan cedera pada badan dipercayai dilanggar ditemui di Batu 9 Cheras, Kajang tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Yusof, 44 tahun, mengalami kecederaan di dada, kepala dan tangan.

Beliau berkata Muhammad Yusof yang tinggal di Shah Alam dan telah mendaftar dalam Program 6P, ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 1.17 tengah hari tadi dan dipercayai telah mati dalam tempoh kurang satu jam sebelum ditemui.

"Pemeriksaan forensik mendapati hanya ada kesan langgar dan tiada apa-apa kesan tikaman atau dipukul dengan objek tajam," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas kepada Bernama.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Artikel Lain