suria

Lebih 30 Kanak-Kanak Tadika Terperangkap Di Jalan Semarak Akibat Banjir

KUALA LUMPUR: Lebih 30 orang kanak-kanak terperangkap dalam sebuah tadika akibat banjir yang berlaku di sekitar TM Training Centre dekat Jalan Semarak petang Selasa.

Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata pihaknya menghantar dua bot untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit secara berperingkat.

"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya, Selasa, ketika dihubungi Bernama. - BERNAMA

Artikel Lain