Lawatan Keluarga Banduan Pada 26 Disember Sempena Krismas

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 26 Dis ini sebagai tarikh lawatan bagi keluarga banduan, tahanan dan juvana sempena sambutan Hari Krismas minggu hadapan.

Ketua Unit Urusetia, Bahagian Dasar Kepenjaraan, Abdul Rahman Taib berkata tarikh itu juga meliputi banduan di semua institusi penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney.

Beliau berkata bagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di tempat tahanan perlindungan Kamunting Taiping, Perak, tarikh lawatan ditetapkan pada 25 Dis.

Pelawat dibenarkan membuat lawatan bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan keutamaan diberi kepada banduan/tahanan/juvana beragama Kristian sahaja, katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Bagi memudahkan urusan, katanya, para pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan.

Selain itu, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman.

Bagaimanapun, makanan dan minuman boleh dibeli di kantin penjara.

Abdul Rahman berkata pelawat juga tidak digalakkan memberi wang kepada banduan kecuali jika berkaitan dengan urusan tertentu seperti pembayaran yuran peperiksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain