suria

Cubaan Seludup Syabu RM3.3 Juta Ke Sabah Digagalkan

KOTA KINABALU: Polis telah menggagalkan satu cubaan untuk menyeludup ke Sabah dadah bernilai RM3.3 juta dengan tertangkapnya seorang tukang paip di Lapangan Terbang Antarbangsa Kota Kinabalu malam semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dadah itu dipercayai jenis syabu seberat 11 kilogram ditemui dalam bungkusan teh herba Cina dan beberapa kotak ketika lelaki berusia 31 tahun itu tiba di Terminal 2 pada 10.40 malam semalam dari Kuala Lumpur.

"Lelaki itu juga didapati mempunyai kes penyalahgunaan dadah dan masih berada di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Hamza berkata lelaki berkenaan kini direman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat sindiket pengedaran dadah di Sabah berikutan tangkapan itu. - BERNAMA

Artikel Lain