suria

Kumpulan Genting Labur RM1 Bilion Tambah Tarikan Di JPO

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri berkata Kumpulan Genting akan melabur RM1 bilion bagi menambah lagi beberapa tarikan di bawah fasa kedua pembangunan Johor Premium Outlets (JPO), yang terletak di Kulaijaya.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan JPO awal hari ini berkata, tarikan-tarikan terbaru di JPO itu termasuklah taman tema air, pusat konvensyen dan hotel yang mempunyai 2,000 buah bilik.

"Kumpulan Genting juga akan membelanjakan RM100 juta untuk membina 60 buah kedai tambahan di JPO, di mana ia dijangkakan siap di dalam tempoh setahun," kata beliau pada sidang media selepas majlis sambutan ulangtahun kelima Iskandar Malaysia di Puteri Harbour, Nusajaya, Ahad.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Seri Azman Mokhtar.

JPO yang dilancarkan pada Ahad, merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan ke-70 di seluruh dunia.

JPO merupakan kumpulan 80 outlet jenama dan pereka yang menawarkan penjimatan sebanyak 25 peratus hingga 65 peratus setiap hari.

Genting Simon yang mengendalikan JPO adalah anak syarikat milik penuh Simon Genting Ltd, yang merupakan usaha sama 50:50 antara syarikat milik Genting Plantation, Azzon Ltddan Premium Outlets, bahagian outlet Simon Property Group. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain