suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di tiga daerah di Pahang meningkat kepada 1,310 orang setakat tengah hari ini, berbanding 871 mangsa pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Kuantan kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 806 orang membabitkan 216 keluarga.

Ini diikuti Rompin dengan 480 orang daripada 114 keluarga dan di Pekan 24 orang melibatkan sembilan keluarga, katanya ketika dihubungi di sini.

"Sebanyak 10 pusat pemindahan dibuka di Kuantan iaitu SMK Paya Besar menempatkan seramai 212 mangsa, Dewan Orang Ramai (DOR) Indera Mahkota Jaya 27 orang, DOR Chenderawasih (68 orang), DOR Seri Damai (114), SMK Gudang Rasau (20), SK Fakih Abu Samad (193), Pusat Bina Insan Jaya Gading (121), SMK Bukit Rangin (21), DRO PAKR Panching (4) dan Balai raya Kampung Pahang (26).

"Manakala di Rompin 480 mangsa banjir di tempatkan di SK Janglau seramai 226 orang, Masjid Perepat (42), DOR Teluk Gading (203) dan Balai raya Simpang Sepang (9) bagi daerah Pekan kekal masih menempatkan 24 orang di Balai raya Rumbia," katanya.

Beliau berkata setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain