suria

Najib Tiba Di Kuching Untuk Rasmi TDC Ke-22 SUPP

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang ini untuk lawatan kerja selama setengah sehari ke Sarawak.

Najib yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) dijadual merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Bersatu sarawak (SUPP) ke-22 di sebuah hotel terkemuka di sini.

Ketibaan Perdana Menteri yang diiringi oleh Presiden Parti Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggunakan pesawat khas disambut oleh Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Turut menyambut ketibaan Najib ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot Jaem.

Persidangan SUPP kali ini menyaksikan persaingan sengit untuk merebut jawatan presiden parti antara Tan Sri Dr George Chan, Timbalan Setiausaha Agung Datuk Seri Wong Soon Koh dan Setiausaha Penyelaras Parti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Pemilihan Anggota Jawatankuasa Pusat ke-24 (2012-2014) SUPP akan diadakan pada Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain