Lapangan Terbang Langkawi Terima 15 Peratus Lebih Penumpang Sempena LIMA'11 - Semasa | mStar

Lapangan Terbang Langkawi Terima 15 Peratus Lebih Penumpang Sempena LIMA'11

LANGKAWI: Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menerima penambahan penumpang 15 peratus sepanjang berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) selama lima hari bermula Selasa lepas dan berakhir pada Sabtu.

Pengurus lapangan terbang itu Abdul Halim Othman berkata penambahan itu kebanyakan daripada pempamer LIMA '11 dan pelancong.

"Sebanyak 24 penerbangan berjadual diadakan ke Langkawi setiap hari oleh beberapa syarikat," katanya kepada Bernama Sabtu.

Katanya walaupun tiada tambahan penerbangan, syarikat penerbangan menggunakan pesawat lebih besar bagi menampung permintaan.

Pada masa ini Malaysia Airlines (MAS), Air Asia, Firefly, Berjaya Air dan Silk Air Singapura mengadakan penerbangan setiap hari ke pulau bebas cukai ini.

Lapangan terbang itu mensasarkan 1.4 juta penumpang tahun ini berbanding 1.3 juta tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Hotel di Makkah hangus dijilat api