suria

Langgar Kesalahan Prihal Dagangan, Enam Peniaga Diambil Tindakan

LANGKAWI: Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan ke atas enam peniaga kerana pelbagai kesalahan sepanjang berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Cawangan Langkawi, Azmi Dan berkata kesalahan itu berupa penggunaan alat timbang dan sukat yang luput tarikh, menjual barang tiruan dan melanggar peraturan jualan murah.

"Peniaga terbabit akan dikompaun yang jumlahnya belum dipastikan," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Beliau berkata seramai 30 anggota penguatkuasa dari Langkawi dan cawangan lain membantu menjalankan pemantauan yang diadakan sejak 1 Disember lalu hingga Sabtu, yang diadakan di hotel, restoran, kedai dan gerai makanan. - BERNAMA

Artikel Lain