Tony Fernandes Mahu Tinggalkan AirAsia

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada Khamis membayangkan yang beliau mungkin meninggalkan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Tanpa memberikan garis masa yang sebenarnya, beliau berkata, syarikat boleh menjangkakan kepimpinan baharu tidak lama lagi.

Fernandes, pencetus di sebalik kejayaan syarikat itu, menyatakan demikian pada majlis ulang tahun syarikat yang-10 pada Khamis.

Ketika ditanya di manakah kedudukan AirAsia dalam tempoh 10 tahun ini, beliau berkata, "Dalam tempoh 10 tahun ini, terdapatnya ceo yang baharu kerana masa saya berkhidmat akan sampai ke penghujungnya tidak lama lagi.

"Ya, ketiga-tiga kami (pengerusi Datuk Aziz Bakar dan timbalan ketua pegawai eksekutif Datuk Kamaruddin Meranun) akan meninggalkan syarikat ini bersama-sama.

Fernandes berkata kepimpinan lebih menjuruskan kepada perubahan dan membawa masuk orang baharu ke dalam lembaga pengarah.

"Ya. Sudah sampai ke titik di mana akan adanya perubahan kepimpinan. Ia tidak dapat dielakkan. Kepimpinan yang baik ialah yang tahu bila untuk pergi dan menyegarkan semula pertubuhan dengan pemimpin yang lebih muda dan bertenaga," kata beliau.

Ditanya apakah yang ingin beliau lakukan selepas meninggalkan AirAsia, secara berjenaka Fernandes berkata, "Saya cadang untuk buka stesen televisyen kos rendah."

Tetapi, dalam nada yang lebih serius, beliau berkata: "Takdalah. Kami bertiga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan.

Fernandes, bagaimanapun berkata, beliau belum lagi mengenalpasti bakal pengganti, tetapi menyatakan yang ia adalah perubahan dalaman.

Beliau berkata yang kepimpinan baharu itu mestilah mengekalkan aspirasi syarikat penerbangan itu seperti memastikan tambang rendah dan terus meninjau kebanyakan rantau di Asia ini.

"AirAsia juga berharap dapat menambah bilangan kapal terbangnya daripada 100 kepada 300 dan kami mahu meliputi kebanyakan negara Asia.

"Kami telahpun ada AirAsia Japan pada masa ini, dan siapa tahu mungkin AirAsia India atau AirAsia China di masa akan datang," tambah beliau. - BERNAMA

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain