suria

Pesara Terima Pencen, Bayaran Khas 16 Disember

KUALA LUMPUR: Pembayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua akan dibuat pada 16 Disember ini sempena sambutan Krismas.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhdimatan Awam pada Khamis, penerima yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan bayaran khas berkenaan di bank-bank yang terlibat pada tarikh berkenaan.

Bayaran khas sebanyak RM500 itu pula akan dikredit terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B.

Dengan itu penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank bagi mengeluarkan RM500 itu, kata kenyataan itu.

Bayaran Khas Pesara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.

Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 17 hingga 31 Dis boleh menunaikan waran mereka mulai 16 Dis. Maklumat lanjut boleh didapati daripada Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479. - BERNAMA

Artikel Lain