suria

Perkhidmatan Kereta Api Sektor Utara Pulih

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kereta api di sektor utara yang terjejas setelah tren Ekspres Sinaran Utara tergelincir semalam pulih pada 4 pagi, Jumaat.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata dalam satu kenyataan bahawa semua perkhidmatan yang terjejas semalam telah beroperasi seperti biasa hari ini.

Pada 1.45 tengah hari semalam, tren Ekspres Sinaran Utara yang dalam perjalanan dari sini ke Butterworth tergelincir antara Padang Rengas dan Taiping menyebabkan 160 penumpang terpaksa dipindahkan ke stesen Padang Rengas sebelum dibawa ke stesen Butterworth.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dengan menghubungi talian khidmat pelanggan KTMB 1-300-88-5682. - BERNAMA

Artikel Lain