suria

Penoreh Maut Motosikal Terbabas

BESUT: Seorang penoreh getah maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di Kilometer 2 Jalan Jerteh-Keruak dekat Kampung Balik Bukit dekat sini kira-kira 1 tengah hari, Khamis.

Razali Awang, 41, yang berasal dari Kampung Buloh, Gong Duet cedera parah di bahagian kepala setelah tercampak ke dalam parit sedalam dua meter.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata sebelum kejadian.

Mangsa dikatakan pergi ke bandar Jerteh seorang diri untuk membeli barang keperluan.

Dalam perjalanan pulang, motosikalnya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan yang mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam longkang, kata Kamaruddin kepada media di sini Khamis.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Razali dikatakan tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu. - BERNAMA

Artikel Lain