Isu Aset Pertahanan Negara Tidak Patut Didebat Secara Terbuka:Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Isu Aset Pertahanan Negara Tidak Patut Didebat Secara Terbuka:Ahmad Zahid

LANGKAWI: Isu berkaitan aset pertahanan negara tidak sepatutnya dijadikan debat secara terbuka oleh mana-mana pihak terutama pembangkang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Negara lain pun ada masalah itu juga. Boleh persoal harga atau spesifikasi aset itu tetapi jangan pertikaikan kemampuan aset negara dalam mempertahankan negara," katanya pada jamuan tengah hari bersama media yang membuat liputan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11), di sini Jumaat.

Untuk itu katanya, beliau akan terus mempelawa anggota pembangkang yang mempertikaikan kemampuan aset pertahanan negara untuk melihat sendiri kemampuan aset pertahanan tersebut, sekali gus menyanggah tohmahan yang dibuat mereka.

"Siapa yang cakap banyak, mereka yang pertama akan dijemput. Seperti kapal selam, ahli politik sebenarnya tidak boleh menaikinya tetapi bagi membersihkan nama baik ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bahawa aset pertahanan negara boleh digunakan, saya terpaksa buat pengecualian," katanya.

Ahmad Zahid berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua timbalannya dijadual menaiki kapal selam KD Tun Razak petang ini bagi mengalami sendiri kebolehan kapal selam itu.

"Dua (wakil) DAP dan satu Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kapal selam itu akan bergerak lima jam untuk sampai ke satu kawasan yang dalam untuk menyelam. PAS kita akan jemput ke Sepanggar, Sabah (pangkalan kapal selam).

"Bagi Tony Pua (Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara) kita akan jemput dia naik kapal selam dari Langkawi ke Teluk Sepanggar yang makan masa tiga hari tiga malam. Biar dia tahu susah naik kapal selam. Dia yang paling bising, paling banyak cakap," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pada Jumaat yang merupakan hari pertama pameran aeroangkasa di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dibuka kepada orang awam telah menerima 35,000 pelawat setakat 12.35 tengah hari tadi.

Orang ramai dikenakan bayaran masuk RM10 dan penganjur HW Lima Sdn Bhd telah bersetuju untuk menyerahkan semua kutipan hari ini dan esok kepada badan kebajikan, kata beliau.

LIMA '11 yang bermula pada Selasa akan berakhir esok. Pameran aeroangkasa di MIEC hanya dibuka kepada orang ramai hari ini dan esok, manakala pameran maritim di Awana Porto Malai pula dibuka kepada orang ramai setiap hari. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain