suria

Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Baru Diluluskan

KUALA LUMPUR: Episod undi belah bahagian bagi mencapai kata putus untuk meluluskan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 ketika persidangan Dewan Rakyat, berlanjutan hingga ke persidangan Dewan Negara hari ini.

Undian yang diminta oleh Senator Mohd Yusof Husin menyaksikan 38 anggota Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Undian belah bahagian dibuat selepas usul itu dikemukakan Anggota Dewan Negara daripada pembangkang itu kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Armani Mahiruddin, yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan lapan anggota Dewan Negara.

Sebelum ini, episod proses undi belah bahagian dijalankan pada persidangan Dewan Rakyat pada 5 Okt lepas bagi meluluskan rang undang-undang yang sama.

Pada persidangan Dewan Rakyat yang lepas, undi belah bahagian menyaksikan 72 anggota Parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Artikel Lain