suria

Polis Tahan Lelaki Selesai 25 Kes Pecah Rumah

NIBONG TEBAL: Polis percaya dapat menyelesaikan 25 kes pecah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini selepas menahan seorang lelaki dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah SPS Supt Shafien Mamat berkata, hasil maklumat awam dan risikan sejak sebulan lepas, polis menahan lelaki berusia 30 tahun itu pada 2 Dis lepas di Tanjung Piandang, Perak.

"Siasatan awal mendapati dia terbabit dalam 25 kes pecah rumah di sini dan di Sungai Acheh," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Ekoran penahanan lelaki itu, polis menemui sebahagian barang yang dicuri termasuk komputer riba, motosikal, mesin rumput dan barang kemas.

"Kita turut menahan dua lelaki dipercayai pembeli barang curi daripada suspek," kata Shafien. - BERNAMA

Artikel Lain