suria

Polis Patahkan Cubaan Bawa Dadah Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR: Polis berjaya mematahkan satu cubaan membawa dadah keluar negara dengan tertangkapnya empat lelaki warga Afrika dan seorang wanita tempatan di sini malam Selasa.

Menurut sumber polis, mereka yang dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa ditahan bersama sejumlah dadah berhampiran sebuah kondominium di Kinrara, Puchong pada 8.30 malam.

Menurutnya dadah seberat 1.7 kilogram dipercayai jenis kokain itu disembunyikan di dalam sebuah beg pakaian yang dibawa oleh wanita berkenaan, yang dipercayai akan dijadikan sebagai keldai dadah, yang akan menaiki pesawat ke luar negara malam Selasa. - BERNAMA

Artikel Lain