suria

Mahkamah Arah Malay Mail Jawab Saman Adinda Sultan Kelantan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan penerbit akhbar Malay Mail dan tiga yang lain menjawab saman yang dikemukakan Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berhubung satu artikel yang mengaitkan beliau dengan konspirasi menjatuhkan kekandanya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof memerintahkan empat defendan untuk memfailkan pembelaan mereka pada 30 Disember dan pengurusan mahkamah pada 18 Januari depan.

Dalam writ sama itu, beliau menamakan akhbar Malay Mail Sdn Bhd sebagai defendan pertama, syarikat pencetak The New Straits Times Press (M) Bhd, Ketua Editor Yushaimi Maulud Yahya dan wartawan Marhalim Abbas sebagai defendan kedua hingga keempat.

Beliau berkata, artikel yang disiarkan Malay Mail secara online pada 5 Mei tahun lalu telah mencemarkan nama baik dan reputasinya.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa akibat berita palsu itu hubungan dengan bondanya Raja Perempuan Kelantan menjadi renggang, dan ia hanya pulih selepas Mahkamah Koroner memberi keputusan terbuka mengenai kejadian tembakan tersebut dan dirinya tidak didakwa oleh pihak polis.

Selain ganti rugi berjumlah RM50 juta, beliau menuntut akhbar terbabit menerbitkan permohonan maaf, suatu injunksi supaya pihak defendan tidak mengulangi artikel terbabit, memohon ganti rugi teladan serta kos.

Artikel Lain