suria

Isu Bekalan Ubat Di Hospital Melaka Tidak Serius:Mohd Ali

MELAKA: Isu kekurangan bekalan ubat yang dilaporkan di Hospital Melaka tidak serius dan masih mampu menampung keperluan pesakit, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, masalah kekurangan bekalan ubat itu berlaku berikutan kekurangan peruntukan sebanyak RM3.5 juta daripada Kementerian Kesihatan.

"Justeru, kita berharap Kementerian Kesihatan dapat mempercepatkan penyaluran baki peruntukan tersebut kepada Hospital Melaka," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mohd Ali berkata, pihak hospital memberikan ubat alternatif kepada pesakit bagi mengatasi bekalan ubat yang tidak mencukupi.

Katanya, Hospital Melaka juga mendapat bantuan pertukaran ubat dari hospital berhampiran seperti hospital di Muar, Seremban dan Kuala Lumpur dari semasa ke semasa untuk memastikan bekalan ubat mencukupi. - BERNAMA

Artikel Lain