Dua Pengarah Syarikat Dipenjara 15 Bulan Terima Deposit RM200,000 Tanpa Lesen Sah - Semasa | mStar

Dua Pengarah Syarikat Dipenjara 15 Bulan Terima Deposit RM200,000 Tanpa Lesen Sah

KUALA LUMPUR: Dua pengarah syarikat yang menjalankan perniagaan berbentuk perdagangan pada Khamis dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima deposit RM200,000 daripada sebuah syarikat pembekal peralatan makmal tanpa memegang lesen yang sah.

Syarikat berkenaan iaitu Business Time Dina Sdn Bhd didenda RM300,000 terhadap pertuduhan yang sama.

Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu terhadap Hasri Mohd Noor dan Hazlan Abd Hamid selepas mendapati kedua-dua tertuduh didapati bersalah di akhir kes pembelaan dan memerintahkan hukuman itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan jaminan sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tertuduh dikekalkan.

Mengikut pertuduhan, Hasri, 41, dan Hazlan, 39, yang merupakan pengarah Business Time Dina Sdn Bhd didakwa menerima deposit itu daripada Syarikat Dutatek (M) Sdn Bhd tanpa memegang lesen yang sah mengikut Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 di Wisma MPL, Jalan Raja Chulan di sini, pada 25 Feb 2008, mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.

Syarikat Business Time Dina turut menghadapi pertuduhan menerima deposit dari syarikat yang sama tanpa lesen mengikut akta yang sama, pada waktu dan di tempat yang sama.

Terdahulu, peguam Mohd Zaharudeen Harun yang mewakili Hasri memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman yang ringan dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai kewangan yang mencukupi selepas diisytiharkan muflis dan perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang masih kecil serta ibu yang sudah tua.

Sementara itu, Hazlan yang mewakili dirinya sendiri, turut merayu hukuman yang ringan memandangkan dia adalah pesalah pertama dan tidak berniat untuk melakukan kesalahan itu serta menyesali perbuatan yang dilakukan.

"Sebagai seorang peguam, saya tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Majlis Peguam dan berharap kes ini tidak memberi impak terhadap profesion saya.

"Saya menjadi pengarah syarikat berkenaan pun atas cadangan Harun Mat Saat, yang membantu pengurusan syarikat," katanya.

Pendakwa Raya Mohd Shukri Abdul Mansur dari Bank Negara memohon hukuman berbentuk pencegahan kerana kesalahan mengambil deposit adalah kesalahan serius dan dapat mengelakkan orang lain melakukan kesalahan yang sama.

"Kedua-dua tertuduh tidak menggunakan kewarasan masing-masing dan hanya mengikut telunjuk Harun sedangkan Harun yang didakwa "dalang" kes ini telah menghilangkan diri," katanya.

Sepanjang perbicaraan, seramai 15 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

RUM Cadang KTMB Dijadikan Agensi Kerajaan

default image

Naib Presiden Pas Nafi Nik Aziz Nazak

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.