Penoreh Getah Maut, Dua Cedera Diserang Babi Hutan - Semasa | mStar

Penoreh Getah Maut, Dua Cedera Diserang Babi Hutan

KUALA LIPIS: Seorang penoreh getah maut diserang seekor babi hutan, manakala dua termasuk isteri mangsa cedera dalam satu kejadian di kawasan kebun getah dekat kampung Jerkoh, Benta, dekat sini.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari Selasa, mangsa, Wahab Saad, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

Ketua Polis Daerah Lipis Supteritendan Abdul Razak Hassan berkata ketika kejadian, mangsa sedang menoreh getah, dan tiba-tiba muncul seekor babi hutan dan menyerangnya.

"Mangsa diserang babi hutan berkenaan dan kemudian terjatuh ke dalam anak sungai, isteri mangsa, Napisah Aman, 50, yang sedang memasak di sebuah pondok berdekatan cuba membantu mangsa tapi turut diserang haiwan terbabit," katanya kepada pemberita di sini.

Haiwan berkenaan kemudiannya turut menyerang seorang lagi penoreh getah di kebun bersebelahan.

Penoreh terbabit yang dikenali Chong Chung, 68, bagaimanapun berjaya membunuh haiwan berkenaan selepas bertindak menetaknya beberapa kali dengan parang.

Chong yang turut cedera parah di badan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh manakala isteri kepada mangsa yang maut, Napisah cedera di kaki dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Lipis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini