200 Produk KR1M Akan Jalani Ujian Pemeriksaan - Semasa | mStar

200 Produk KR1M Akan Jalani Ujian Pemeriksaan

KUALA LUMPUR: Lebih 200 produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diarah melalui ujian pemeriksaan selanjutnya bagi memastikan produk tersebut selamat dan mengikut standard yang sepatutnya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata produk KR1M akan dipantau dan dinilai oleh Unit Pemantauan khas kementerian sebagai jaminan bahawa semua produk tersebut selamat untuk digunakan orang ramai.

"Arahan ini dibuat bagi menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan tentang kualiti dan tahap keselamatan penggunaan produk KR1M," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Yeow Chai Thiam.

Yeow ingin tahu bentuk tindakan yang diambil kementerian bagi menjawab dakwaaan tentang produk KR1M yang tidak berkualiti dan tidak selamat kepada pengguna.

Beliau berkata penubuhan unit pemantauan khas itu adalah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan turut bertujuan memantau secara rambang produk makanan di semua kedai termasuk KR1M seluruh negara.

Menjawab soalan Senator Mumtaz Md Nawi mengenai cadangan memperkenalkan satu akta khusus bagi mengawal kualiti sesuatu produk makanan yang terdapat di pasaran, Tan berkata kementerian hanya menggunapakai peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang membolehkan menteri menarik balik pengedaran apa juga produk yang membahayakan pengguna.

Beliau berkata sebagai agensi utama, kementeriannya yang bertanggungjawab menyelaras KR1M sentiasa memastikan kualiti dan standard produk berkenaan adalah menepati kehendak pengguna. - BERNAMA

Artikel Berikut

29 Wanita Vietnam Ditahan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain