suria

Polis P.Pinang Serbu 33 Pusat Siber Internet

GEORGE TOWN: Polis menyerbu 33 pusat siber internet yang menjalankan aktiviti judi berkomputer tanpa lesen dan menahan 10 individu yang dipercayai penjaga premis judi itu dalam operasi empat hari bermula awal bulan ini di seluruh Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Zahruddin Abdullah berkata polis turut merampas merampas 104 mesin judi dalam tempoh itu.

Beliau berkata, semua kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, dan 33 daripada pusat siber internet itu akan dikenakan tindakan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1997.

Menurutnya, dalam tempoh antara Januari dan November lepas, polis menyerbu 2,393 pusat yang menjalankan aktiviti judi berkomputer.

"Daripada serbuan itu, 933 individu berjaya didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan dan 8,991 mesin judi dirampas," katanya kepada pemberita di sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain