suria

BERITA-BERITA UTAMA SEHINGGA JAM 6 PETANG TADI:

HUJAN LEBAT PUNCA AIR SG SELANGOR KERUH

SHAH ALAM: Kekeruhan air yang melampau di Sungai Selangor adalah disebabkan oleh hujan yang sangat lebat sepanjang minggu ini di kawasan berkenaan. Pengarah Jabatan Saliran dan Perparitan Negeri Selangor, Mohd Abdul Nassir Bidin berkata, fenomena itu adalah normal dan tahap kebersihan air di sungai itu akan kembali seperti biasa.

BENTENG TEBATAN BANJIR YANG TIDAK SIAP PUNCA KAJANG DILANDA BANJIR KILAT

GEORGE TOWN: Benteng tebatan banjir yang tidak siap dibina di Sungai Jelok, Kajang adalah punca mengapa bandar itu dilanda banjir kilat yang sangat luar biasa Jumaat lalu. Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Saliran dan Perparitan, Datuk Ahmad Husaini Sulaiman kepada para pemberita di sini, Selasa.

PERUNTUKKAN KHAS RM2.7 J UNTUK PROJEK PERINTIS LATIHAN GRADUAN

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta bagi membolehkan seramai 250 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai projek perintis Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP) bagi melahirkan sumber tenaga manusia berkualiti dan menepati kehendak industri.

LEE CHONG WEI TERIMA UNDI TERBANYAK DARI SELURUH DUNIA

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima undi tertinggi daripada peminat sukan berkenaan dalam tinjauan 'siapa yang mereka inginkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2011.'

MAHKAMAH TOLAK SAMAN MAT SABU

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman yang dibawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

KAWASAN RENDAH BERISIKO ALAMI BANJIR

KUALA LUMPUR: Kawasan rendah di Terengganu dan Kelantan berisiko mengalami banjir hujung minggu ini ekoran hujan lebat yang dijangka turun Jumaat hingga Sabtu ini.

PENIAGA FAIL INJUNKSI KE ATAS PKNS

SHAH ALAM: Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini memfailkan injunksi bagi menghalang perbadanan itu menaikkan kadar sewa premis perniagaan di kompleks itu yang akan berkuatkuasa 1 Jan depan.

TOL DI PINTU KELUAR-MASUK JB-S'PURA

JOHOR BAHARU: Semua pengguna yang keluar dan masuk dari Singapura melalui Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (KIK) di Bangunan Sultan Iskandar, di sini, akan dikenakan bayaran tol berikutan pembukaan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL), Januari depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain