suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Rentung Dalam Kebakaran

HULU LANGAT: Seorang warga emas rentung apabila rumahnya musnah dalam satu kebakaran dekat sini malam Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Mohd. Ali Hassan, 67, ditemui mati dalam keadaan membongkok di bawah katil ruang tamu rumahnya dipercayai cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira 10.30 malam.

"Mangsa berada seorang diri dalam rumah ketika kejadian," kata seorang jurucakap polis ketika dihubungi pada Ahad.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab. Rashid Ab. Wahab mengesahkan kejadian itu dan berkata punca kebakaran sedang disiasat. - BERNAMA

Artikel Lain