SC Buka Permohonan Daripada Penyedia Skim Persaraan Swasta Yang Layak - Semasa | mStar

SC Buka Permohonan Daripada Penyedia Skim Persaraan Swasta Yang Layak

KUALA LUMPUR: Firma yang layak kini boleh mengemukakan permohonan untuk menjadi penyedia skim persaraan swasta (SPS) kepada Suruhanjaya Sekuriti (www.sc.com.my) menjelang 15 Februari, 2012.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, SC berkata sebilangan penyedia yang sesuai kelayakan dan pengalamannya dengan kepakaran yang diperlukan dalam pengurusan dana pencen atau pengurusan dana runcit akan diluluskan untuk menawarkan skim SPS dengan pelbagai dana persaraan khusus yang sesuai bagi profil risiko dan pelaburan yang berbeza-beza.

Pemohon akan dinilai berdasarkan kedudukan kewangan dan keupayaan pengurusan, termasuk mmenuhi syarat modal yang berkaitan, kawalan dalaman dan amalan pengurusan risiko, kata SC.

"Faktor kualititatif seperti struktur tadbir urus, reputasi dan kedudukan profesional serta rekod pencapaian dan komitmen untuk mengembangkan industri SPS akan juga diambil kira," tegasnya.

SC berkata garis panduan SPS akan dikeluarkan bagi tujuan ini. Industri SPS bertujuan menambah dan melengkap skim-skim mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ada sekarang. Rangka kerja itu boleh digunakan oleh individu yang ada pendapatan boleh dibelanjakan untuk disimpan serta majikan membuat caruman sukarela melebihi caruman mandatori KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Langkah-langkah untuk menggalakkan penyertaan dalam SPS telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2012, di mana pengecualian cukai persendirian hingga RM3,000 akan diberikan kepada caruman oleh individu kepada SPS yang diluluskan oleh SC serta potongan cukai kepada majikan bagi caruman melebihi kadar berkanun hingga 19 peratus saraan pekerja.

Pengecualian cukai juga diumumkan berhubung pendapatan yang diterima oleh dana-dana dalam skim SPS.

Penguatkuasaan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 baru-baru ini memperuntuk rangka kerja kawal selia bagi industri SPS, termasuk memberi kuasa kepada SC untuk meluluskan penyedia SPS. - BERNAMA

Artikel Sebelum

'Saya Tidak Kahwini Penyanyi': Musa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain