Fomca Cadang Sistem 'Recall' Barangan Rosak Untuk Lindungi Pengguna - Semasa | mStar

Fomca Cadang Sistem 'Recall' Barangan Rosak Untuk Lindungi Pengguna

PETALING JAYA: Sistem 'recall' bagi menarik balik daripada pasaran barangan yang rosak perlu diwujudkan sebagai mekanisme bagi melindungi hak pengguna agar tidak terbeban dengan kos kerugian berpunca daripada kesalahan pengeluar, kataKetua Pegawai Eksekutif Fomca Datuk Paul Selva Raj.

Beliau berkata sistem itu berfungsi untuk menarik semula sebarang produk atau barangan yang rosak yang telah dibeli pengguna.

"Selepas penarikan semula produk tersebut dibuat, pengeluar atau penjual kemudiannya harus bertanggungjawab sama ada untuk membaiki, menggantikan produk kepada yang baru atau membayar ganti rugi.

"Kita tidak mahu pengguna terus menanggung kerugian atas kesilapan pihak pengeluar, sebagai contoh sekiranya kita membeli makanan tetapi didapati ia tidak boleh dimakan, jadi kerugian dalam hal-hal sebegini ditanggung oleh pengguna," katanya pada sidang akhbar sempena Hari Persaingan Sedunia di sini Isnin.

Selva Raj berkata sistem itu perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada undang-undang yang perlu diwajibkan kepada setiap pengeluar agar penguatkuasaannya dapat dijalankan bagi memastikan kebajikan pengguna sentiasa terjaga.

"Sekiranya ada pengeluar atau syarikat yang ingin bertanggungjawab dalam masalah seperti dinyatakan dan memberikan pampasan atau sebagainya secara sukarela, itu adalah lebih baik tetapi sekiranya itu tidak berlaku, maka penguatkuasaan melalui undang-undang perlu ada," katanya.

Beliau berkata meskipun terdapat pengeluar atau penjual yang rela memberi ganti rugi atau membaiki produk mereka yang didapati bermasalah, jumlahnya masih terlalu sedikit.

Selva Raj berharap agar Akta Persaingan 2010 yang akan berkuatkuasa pada 1 Jan tahun depan mampu mewujudkan sistem pasaran yang lebih bebas dan menggalakkan persaingan antara pengeluar atau penjual.

"Bila ada persaingan, pengguna akan mendapat manfaat melaluinya seperti harga rendah, kualiti barang yang tinggi serta pengguna akan memperoleh lebih banyak lebih pilihan," katanya.

Beliau berkata industri yang perlu diberi penekanan bagi mewujudkan pasaran bebas ialah industri makanan, farmaseutikal, penerbangan, penerbitan buku dan komunikasi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.