Dua Sahabat Maut Selepas Kereta Rempuh Treler - Semasa | mStar

Dua Sahabat Maut Selepas Kereta Rempuh Treler

SEREMBAN: Dua wanita maut selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori treler di Kilometer 285, Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, di Nilai, dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.55 pagi semasa Khow Kim Lan, 29, dan Lau Wong Yee, 27, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Senawang dari Kuala Lumpur.

Beliau berkata kedua-dua sahabat itu maut selepas kereta Perodua Kelisa yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang lori treler yang sedang berhenti di lorong kecemasan.

"Pemandu kereta itu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu merempuh bahagian belakang lori treler yang sedang mengalami kerosakan tayar itu," katanya.

Menurutnya rempuhan kuat itu menyebabkan Khow maut di tempat kejadian manakala rakannya, Lau meninggal dunia kira-kira pukul 9.15 pagi tadi, di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya mayat kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat dan sudah dituntut keluarga masing-masing hari ini.

"Buat masa ini punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kami minta saksi kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal