suria

Boeing Lancar Lawatan Impian 787 Di China

KUALA LUMPUR: Pesawat Boeing 787 Dreamliner tiba di Beijing Capital International Airport Ahad (4 Disember), bagi melakukan kemunculan di tanah besar China, yang merupakan pasaran penerbangan dan pengembaraan yang paling pantas berkembang di dunia.

Ia turut menandakan permulaan "Lawatan Impian" selama enam bulan ke seluruh dunia menggunakan jet serba baharu itu.

Pesawat itu akan berada di China sehingga 11 Disember, dengan perhentian di Beijing, Guangzhou dan Haikou, di mana para pelanggan, rakan, para pegawai kerajaan dan media China akan merasai sendiri pengalaman di segi perubahan teknologi dan inovasi penumpang.

"Syarikat penerbangan China termasuk Air China, China Southern, Hainan Airlines dan Xiamen Airlines adalah instrumental di segi membawa perubahan ke pasaran itu," kata Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Greater China dan Korea Boeing Commercial Airplane Ihssane Mounir.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membuat komitmen awal terhadap pesawat baharu kurun ke-21 itu," katanya.

Pesawat itu, ZA003, asalnya digunakan bagi ujian penerbangan telah diubah suai bagi mempamerkan keupayaan dan ciri-ciri pesawat 787.

Lebih 800 pesawat 787 telah ditempah oleh lebih 50 syarikat penerbangan, yang membuktikan keupayaan yang unit pesawat itu. - BERNAMA

Artikel Lain