suria

Anak Lelaki dan Menantu Pengerusi Zaid Ibrahim & Co Diterima Jadi Peguam

KUALA LUMPUR: Anak lelaki dan menantu Datuk Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, pengerusi firma peguam Zaid Ibrahim & Co pada Isnin diterima menjadi peguam bela dan peguam cara dalam Badan Peguam Malaysia.

Petisyen bagi kemasukan Nik Izrin Thani dan isterinya, Zarith 'Aidah Ahmad Shukri dikemukakan oleh Nik Norzrul Thani di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf di sini.

Nik Izrin Thani dan Zarith 'Aidah, kedua-duanya 24 tahun, adalah lulusan University of West of England, Bristol dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Kelas Kedua pada 2009. - BERNAMA

Artikel Lain