Polis Tembak Mati Tahanan Warga Nigeria Di HKL - Semasa | mStar

Polis Tembak Mati Tahanan Warga Nigeria Di HKL

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati seorang tahanan warga Nigeria selepas mengamuk dan menyerang anggota polis ketika dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, malam Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki Nigeria berumur 31 tahun itu ditembak polis ketika berada di wad 18, katil 10 kira-kira pukul 9.45 malam.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki terbabit kerana menyerang anggota polis selepas mengamuk di hospital itu.Dia mati di tempat kejadian," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, Ahad.

Ku berkata lelaki itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 1.40 petang semalam selepas X-Ray yang dibuat mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya.

"Lelaki tersebut sebelum itu ditangkap pada pukul 11.13 pagi Jumaat lepas bersabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Dia sepatutnya direman sehingga Rabu depan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki tersebut tiba di negara ini pada Khamis lepas sebelum ditahan di sebuah hotel di Bukit Bintang sehari selepas itu kerana membuat kecoh.

"Dia yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan. Pihak hospital yang melakukan pemeriksaan berjaya mengeluarkan sembilan ketul dadah jenis syabu di dalam ususnya," katanya.

Beliau berkata susulan itu, sebanyak empat lagi ketul dadah dikeluarkan menjadikan jumlah dadah yang ditelan lelaki itu sebanyak 13 ketul yang dianggarkan seberat 340 gram.

"Lelaki itu bertindak ganas malam tadi sehingga dapat memutuskan garinya sebelum menyerang polis menggunakan besi katil. Anggota narkotik kita (polis) yang mengiringi lelaki terbabit pada mulanya melepaskan tembakan amaran.

"Namun tembakan seterusnya terpaksa dilakukan kerana ia mengancam keselamatan anggota polis itu selain untuk mempertahankan diri," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain