suria

Perhimpunan Agung Umno: Benarkan Remaja Belasan Tahun Berkahwin?

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Melaka pada Sabtu, menyarankan supaya anak remaja belasan tahun dibenarkan untuk berkahwin bagi mengurangkan masalah kelahiran anak tak sah taraf.

Wakil Umno Jasin, Mohamad Sahfri Abd Aziz semasa membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial pada Perhimpunan Agung Umno di sini turut meluahkan kebimbangannya terhadap peningkatan kelahiran anak tak sah taraf pada masa kini.

"Barangkali anak-anak ini dah suka nak kahwin sangat, maka dengan itu saya cadangkan elok kita izinkan sahaja mereka ini berkahwin.

"Mengapa kalau dahulu orang boleh berkahwin pada usia yang muda, anak berbelas-belas... tetapi hari ini kita menyekat dan itulah akhirnya...," tambahnya.

Mohamad Sahfri menambah, hukum agama juga tidak melarang perkahwinan di usia awal.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diperkasakan supaya dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung yang merupakan kubu kuat kepada Umno.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain