suria

Perhimpunan Agung Umno 2011 Masuki Hari Terakhir

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari terakhir, Sabtu disambung semula pagi ini dengan perbahasan usul agama, pendidikan dan sosial.

Sebanyak 14 perwakilan dijadual membahaskan usul tersebut sebelum disusuli dengan sesi penggulungan oleh pimpinan Umno termasuk Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut dijadual menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Penggulungan juga membabitkan ketua ketiga-tiga sayap Umno iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Puteri).

Perhimpunan itu yang bermula Selasa lepas melabuhkan tirainya Sabtu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain