suria

Najib Setuju Permintaan Perwakilan Supaya Lembaga Disiplin Pantau Aktiviti Ahli Semasa P/Raya

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah berbincang dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan perwakilan supaya Lembaga Disiplin parti membuat pemantauan semasa pilihan raya nanti. Katanya, presiden parti telah bersetuju dengan cadangan perwakilan yang meminta ahli Lembaga Disiplin membuat pemantauan sebelum dan semasa pilihan raya untuk memastikan tiada anggota melanggar disiplin parti semasa pilihan raya.

Beliau berkata, pada pilihan raya umum 2008 terdapat 22 kes dari enam negeri dibawa ke Lembaga Disiplin parti dan daripada jumlah itu tiga anggota telah dipecat manakala enam orang digantung keanggotaan selama tiga tahun.

Katanya lagi, seorang telah diberi amaran keras kerana melanggar disiplin parti dan 12 lagi anggota tidak dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai bukti kukuh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain