suria

Ketika Beribu Berhimpun Di PWTC Ada Juga Yang Berhimpun Di KLCC Tapi Untuk Memprotes

KUALA LUMPUR: Ketika beribu orang berhimpun di PWTC untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno, kira-kira 200 orang turut berhimpun di taman KLCC Jalan Ampang untuk membantah Undang-Undang Perhimpunan Aman yang telahpun diluluskan di persidangan Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

Kumpulan tersebut yang menggenakan pakaian berwarna kuning mendengar deklamasi sajak yang disampaikan oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said.

Ketika itulah tiba-tiba alat perenjis air yang terdapat di taman berkenaan memancutkan air dan hampir kesemua mereka bertempiaran lari untuk melindungi diri daripada basah kuyup.

Terdapat yang bergerak ke arah beberapa batang pokok di taman berkenaan dan ada pula yang melarikan diri ke arah pekarangan KLCC itu sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain