suria

Umno Pahang Cadang Pengerusi GLC Dan GLIC Diberi Kepada Ahli Umno Berkelayakan

KUALA LUMPUR: Wakil Umno Pahang pada Jumaat, mencadangkan supaya jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diberikan kepada ahli parti tersebut yang berkelayakan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Pahang, Rosni Zahari berkata, ini kerana ahli Umno lebih memahami apa yang diperjuangkan oleh parti selain mempunyai semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu.

"Jika dilihat secara kasar, bumiputera mempunyai pelbagai pelan yang sepatutnya dapat membela nasib mereka.

"Persoalannya mengapa sehingga kini kelompok terbesar ini masih gagal menjadi peneraju ekonomi," tambahnya ketika membentangkan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno di sini.

Rosnah juga berharap satu pelan transformasi yang lebih berkredibiliti dan efektif yang mampu menangani kemelut ekonomi masyarakat berpendapatan rendah khususnya Melayu dapat dibentangkan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Semasa membentangkan usul tersebut, Rosnah yang juga seorang peguam turut membidas pihak pembangkang yang didakwanya tidak membuat apa-apa perancangan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain