suria

Umno Luar Negara Tolak Politik Warna Kulit

KUALA LUMPUR: Perwakilan Kelab Umno Luar negara menolak politik sempit warna kulit yang dijadikan isu oleh pihak pembangkang.

Wakil Kelab Umno Newcastle dan Sunderland, Wan Mohamad Azam Wan Rosdy berkata, mereka sengaja memainkan isu politik warna kulit, iaitu politik sempit yang sudah lama ketinggalan di negara-negara barat.

“Kami melihat lanskap politik berdepan dengan parti rasis. Mereka mengatakan pemimpin kita berlainan warna kulit. Nampak jelas permainan mereka menggunakan topeng.

“Kami belajar dengan sejarah, kami bangga dengan bangsa kami,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini Jumaat. Wan Mohamad berkata, Umno adalah parti yang memahami denyut nadi rakyat dan ia boleh dilihat menerusi Belajawan 2012 yang cukup lengkap dan dinikmati oleh pelbagai lapisan rakyat.

Selain itu, Wan Mohamad Azam juga mengharapkan bimbingan dan perhatian kepada generasi muda sebagai pelapis kepada kepimpinan akan datang.

"Orang muda mempunyai semangat yang sentiasa membuak-buak, semangat pendekar akan menentang habis-habisan dan kami menolak parti selain Umno,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain