suria

Perhimpunan Agung Umno: Perbahasan Bermula

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari kedua, Jumaat dimulakan dengan penyambungan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden.

Semalam, lapan perwakilan telah membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden yang dicadangkan oleh wakil daripada Kelantan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Seramai tujuh perwakilan dijangka membahaskan usul itu hari ini.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya semalam antara lain mengingatkan semua anggota parti supaya bersatu dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, perwakilan akan membahaskan usul Ekonomi yang akan dicadangkan oleh wakil Perak Datuk Idris Hashim dan disokong wakil pergerakan Puteri Jamilah Hanim Othman.

Seramai 14 perwakilan akan membahaskan usul tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain