suria

Polis Rampas 80 Komputer Di Kota Setar

ALOR SETAR: Polis telah merampas 80 komputer yang mengandungi unsur perjudian dalam satu operasi malam tadi di empat premis perjudian haram di sekitar Alor Setar dan Kuala Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, daripada empat premis itu, sebuah premis perjudian di Jalan Pintu Sepuluh di sini, menggunakan pusat snuker bagi melindungi kegiatan perjudian mereka.

"Kita telah merampas 17 komputer perjudian dan siasatan kita juga mendapati premis tersebut sudah tiga kali diserbu," katanya.

Beliau berkata, tujuh orang termasuk dua warganegara asing dan seorang pekerja wanita berumur antara 20 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Bagi premis yang degil dan masih meneruskan operasi, bekalan elektrik akan dipotong dan lesen perniagaan boleh ditarik semula. Sehingga kini kita telah memotong bekalan elektrik di 20 hingga 30 premis yang menjalankan kegiatan perjudian," katanya.

Menurut beliau, sehingga September lalu, sebanyak 2,000 komputer perjudian telah dirampas di daerah ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain