suria

Idris Jusoh Sahkan Sanggup Tidak Bertanding PRU 13

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh telah menyatakan kesanggupan beliau untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media yang diadakan selepas ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti terbabit di sini pada Khamis.

"Saya menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada Idris Jusoh mengatakan beliau bersedia untuk tidak akan menawarkan diri pada pilihan raya akan datang," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan seterusnya menyifatkan tindakan tersebut sebagai suatu contoh yang baik kepada ahli-ahli Umno selain dapat memudahkan kerja presiden dan mengelakkan berlaku insiden 'retak hati'.

"Lebih ramai lagi yang harus bersifat demikian dan harus munasabah diri untuk melihat jika kita bukan calon yang boleh beri kemenangan," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain