suria

Senarai Calon Boleh Menang Pemuda Dalam iPad KJ

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno sudah membuat penilaian dan menyediakan senarai 'calon boleh menang' daripada sayap itu untuk dipertimbangkan sebagai calon pada pilihan raya akan datang.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, senarai berkenaan sudah berada dalam simpanannya namun akan diperhalusi sebelum dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti.

"Sebenarnya saya sudah nilai, dalam iPad saya sudah ada senarai siapa yang dikatakan calon boleh menang itu.

"Tapi saya dan Datuk Razali Ibrahim (Naib Ketua) akan buat penilaian terakhir," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Pehimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2011 di PWTC di sini, Rabu.

Namun jelas Khairy, beliau memberi jaminan akan mendapatkan laporan daripada Umno Bahagian dan negeri berhubung kriteria calon boleh menang seperti yang diharapkan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Macam mana saya nak nilai siapakah calon boleh menang itu? Saya tahu (kenal) hanya yang datang jumpa saya bawa profil yang tebal.

"Selain daripada itu saya tak akan tahu. Saya akan bergantung kepada loporan yang diberikan oleh bahagian," katanya.

Dalam pada itu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mengingatkan ahli sayap itu agar tidak melobi untuk menjadi calon dengan menggunakan kabel agensi kerajaan.

Tegasnya taktik sedemikian tidak akan berhasil kerana pucuk pimpinan parti akan mendapatkan maklumat terpeinci mengenai keupayaan calon-calon tertentu sebelum diberi kepercayaan bertanding mewakili Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Jangan pergi juma SB (cawangan khas), KEMAS, JASA, BTN ataupun SERANTA.

"Kali ini Perdana Menteri memberi jaminan bahawa laporan bukan hanya datang daripada agensi kerajaan, tapi juga akan datang daripada bahagian dan rakyat akar umbi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain