suria

Puteri Saran Lanjutkan J-Qaf Ke Peringkat Menengah

KUALA LUMPUR: Puteri menyarankan agar Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan J-Qaf di peringkat sekolah menengah bagi memartabatkan pendidikan agama Islam.

Ketua Puteri Umno Bahagian Shah Alam, Shuratini Abd Rahman berkata, usaha itu diharap dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai sahsiah mulia dan berketerampilan.

“Aspek pendidikan Islam tidak boleh diketepikan kerana ia penting untuk menukar perwatakan seseorang supaya mengamalkan tuntutan agama dan menjauhkan perkara dilarang,” katanya semasa membahaskan usul pendidikan pada Perhimpunan Agung Puteri Umno di sini, Rabu.

Shuriati seterusnya mencadangkan tiga pendekatan lagi bagi memperkasa pendidikan agama dan salah satunya adalah dengan mewujudkan Maahad Tahfiz yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

“Sekiranya ia dibiayai kerajaan,saya percaya pembelajaran dan pembelajaran terjamin, infrastruktur pusat pengajian ini juga terpelihara serta meningkatkan golongan hufaz di negara ini," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata, pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi juga perlu diperkasakan di semua peringkat seperti sekolah rendah, menengah institusi pengajian tinggi awam dan swasta kerana ia mampu meningkatkan kadar celik al-Quran di kalangan generasi muda.

“Mungkin sudah tiba masanya tulisan jawi menjadi sebahagian cabang seni atau sebagai pelajaran wajib,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain