Nik Aziz Perlu Lihat Macamana Nak Atasi Kelantan Ramai Pengidap HIV dan AIDS - Semasa | mStar

Nik Aziz Perlu Lihat Macamana Nak Atasi Kelantan Ramai Pengidap HIV dan AIDS

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kedudukan negeri itu yang mencatatkan negeri paling ramai dijangkiti HIV dan AIDS pada tahun lalu.

“Pemularan gejala sosial penyebab HIV dan AIDS begitu mengaibkan memandangkan negeri itu digelar sebagai Serambi Mekah di bawah pimpinan Kerajaan Pas yang kononnya terdiri daripada golongan ulama,” kata Ketua Puteri Umno Bachok, Che Hanuni Che Ali ketika membahaskan usul sosial di Perhimpunan Agung pergerakan itu di sini pada Rabu.

Beliau juga berkata, Kelantan bukan sahaja menjadi ‘juara HIV’ untuk tahun 2010, tetapi turut dinobatkan sebagai juara pada tahun 2008 dan 2009 serta menambah, kerajaan Pas dengan mudah meletakkan kesalahan itu kepada Umno atau Barisan Nasional.

“Nik Aziz kata punca HIV tinggi kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993 kerana halangan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sekiranya akhbar melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan penghidap HIV paling rendah, mereka akan mengatakan inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaan Islam di Kelantan.

“Mereka nak yang baik-baik dan yang buruk semuanya milik orang lain,” tambahnya.

Mengambil contoh Kota Bharu, Che Hanuni berkata masyarakat amat ‘renyah’ dengan pelakuan remaja yang berpeleseran dengan pakaian yang menjolok mata, berambut merah, berdua-dua, bersekedudukan, berzina, membuang bayi dan sebagainya.

Bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak remaja, Che Hanuni menyarankan agar ibu bapa memerhatikan setiap pergerakkan anak-anak mereka dan menjadi contoh kepada anak serta menghabiskan banyak masa bersama anak.

Beliau juga menyarankan agar institusi masjid dan surau dijadikan tempat menyelesaikan segala permasalahan keruntuhan akhlah remaja, selagi ia menuruti kehendak Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.

“Semua pihak bertanggungjawab untuk menangani penyakit masyarakat ini, dari pemimpin negeri ke rakyat jelata, dari pegawai atasan sehingga ke pekerja biasa.

“Tiada siapa yang patut menunding jari ke pihak yang lain kerana setiap daripada kita adalah ahli masyarakat. Karenah birokrasi dan perbezaan fahaman politik dan puak haruslah dielakkan dalam melancarkan pelan tindakan bersepadu ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pembatalan Pendaftaran MMA Ditangguh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain