suria

Kaunter Pungutan Zakat Akan Dibuka 7 Hari Seminggu Sepanjang Disember

KUALA LUMPUR: Sepanjang bulan Disember ini, semua Pusat Pungutan Zakat (PPZ) akan beroperasi selama tujuh hari seminggu termasuk pada hari cuti umum.

Kaunter-kaunter ini akan dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Kaunter-kaunter PPZ terletak di Shamelin, Masjid Negara, Wangsa Maju, Putrajaya Presint 9, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan Daruzzakah.

Segala taksiran atau pertanyaan boleh dibuat melalui Pusat Panggilan 1-300-88-5757.

Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat iaitu zakat pendapatan, zakat KWSP, zakat perniagaan, zakat saham, zakat wang simpanan, zakat emas dan pembayaran fidyah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain